09 September 2012 ~ 0 Comments

Buah Bervitamin A, C dan E

Sebagaimana yang dijanjikan, terdapat beberapa jenis buah yang mengandungi vitamin A, C dan E yang amat diperlukan oleh tubuh kita agar kekal sihat dan cergas.  Berikut ialah buah-buahnya:

BUAH JAMBU BATU

Ia kaya dengan serat serta vitamin A,C dan E serta mengandungi mineral, kalium dan sebagainya. Sebiji buah yang tidak terasa masam atau sangat manis ini memiliki empat kali jumlah vitamin C berbanding dengan limau. Malah, ia turut mengandungi jumlah antioksida yang tertinggi di antara buah-buahan yang lain. Klik ‘LIKE’ jika anda suka buah ini.

BUAH KIWI

Ia merupakan antara buah yang memiliki sumber terbaik dalam menghasilkan vitamin C dan E. Pengambilan buah kiwi membantu melindungi tubuh untuk melawan radikal bebas. Selain itu, ia turut membantu menghilangkan bintik-bintik hitam, membantu mengurangkan kadar pengeluaran minyak pada kulit terutama bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak serta membantu membuatkan wajah tampak lebih bersinar.

BUAH BETIK

Ia merupakan buah yang cukup kaya dengan nutrisi seperti karotin, vitamin A, B, mineral makanan dan juga serat makanan. Selain itu, betik juga baik untuk penghadaman.

BUAH STRAWBERI

Selain kaya dengan vitamin A, ia juga turut mengandungi kandungan antioksidan. Selain itu, ia kaya dengan nutrisi dan menjadi pelengkap kepada pola makanan. Strawberi juga membantu membebaskan kulit daripada masalah jerawat serta menghilangkan lebihan minyak pada kulit seseorang.BUAH TOMATO

Ia cukup dalam membantu melindungi kulit daripada sinaran ultra ungu yang berbahaya. Malah, ia turut membantu mencerahkan kulit. Untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan bebas daripada sebarang masalah seperti jerawat, anda disarankan mengambil buah tomato setiap hari.

BUAH LEMON

Ia membantu kulit seseorang untuk tampak lebih segar dan sihat. Bahkan ia juga membantu mencerahkan kulit selain menghilangkan bintik-bintik dan tanda-tanda hitam seperti bekas-bekas jerawat. (comel tak buah lemon ni…)

 

Jom kita sama-sama tambahkan di dalam menu harian kita dengan buah-buah seperti di atas! 

Leave a Reply

Protected by WP Anti Spam